FOTO : SABAH FC
SADDIL Ramdani kembali ke Malaysia dengan penampilan baharu selepas digugurkan dari pasukan Indonesia yang beraksi di Piala Asia 2023.
Menerusi perkongsian di Instagramnya, Saddil memulakan latihan semula bersama Sabah FC dan terdahulu sempat menghadiri kem latihan pusat skuad Garuda pada Disember 2023.
Kem latihan pusat itu adalah persediaan untuk pasukan Indonesia menghadapi Piala Asia 2023.
Jurulatih negara itu, Shin Tae-yong kemudian mengesahkan bahawa dia hanya akan membawa 26 pemain ke Piala Asia 2023 dan dua nama bakal digugurkan.
Nama Saddil antara pemain yang tidak akan muncul pada Piala Asia 2023 serta Arkhan Fikri. Penyingkiran Saddil telah menimbulkan persoalan.
Lebih-lebih lagi, Shin Tae-yong tidak pernah mendedahkan alasannya untuk tidak membawa pemain sayap itu.
Semalam, perjalanan Indonesia di Doha, Qatar berakhir selepas dibelasah Australia 4-0 dalam saingan Pusingan 16 di Stadium Jassim Bin Hamad.