SADIO Mané telah memutuskan untuk meninggalkan Liverpool pada musim panas ini.

Dia bersedia untuk pengalaman baharu selepas mencipta saat istimewa bersama The Reds dan ia akan disahkan kepada pihak kelab.

Bayern Munich adalah pesaing yang kuat mendapatkan pemain berdarah Senegal itu. Tetapi segalanya masih terbuka dan belum selesai kerana Sadio mahu menunggu perlawanan akhir Liga Juara-Juara yang berakhir awal pagi Ahad.

Perkembangan ini dilapor oleh wartawan bola sepak, Fabrizio Romano menerusi ciapan Twitter sebentar tadi.