PERKHABARAN mengenai tawaran pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim kepada mantan Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin akhirnya terjawab apabila dilantik sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Kelab JDT dan juga Penasihat Belia Johor berkuatkuasa serta merta.
Sebelum ini heboh di media sosial apabila TMJ sendiri memuat naik hantaran di insta story peribadinya yang menawarkan jawatan kepada KJ dan bekas menteri itu juga membalas hantaran itu yang jika dilihat seakan memberikan bayangan bersetuju dengan tawaran itu.
Perkara ini disahkan sendiri oleh TMJ menerusi hantaran di laman sosial rasminya selain turut dimuat naik oleh laman sosial rasmi kelab yang mengalu-alukan kehadiran KJ ke kelab itu.
Saya telah bertemu Khairy Jamaluddin & bersetuju untuk melantik beliau sebagai Penasihat Belia Johor & sebahagian Lembaga Pengarah JDT.
Pengalaman luas beliau dalam pelbagai bidang di negara ini akan memberikan nilai tambah kepada pembangunan belia & kemajuan bola sepak Johor. pic.twitter.com/S476jwWNQl
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) February 15, 2023
“Saya telah bertemu dengan Khairy Jamaluddin dan bersetuju untuk melantik beliau sebagai Penasihat Belia Johor dan Lembaga Pengarah Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim.
“Pengalaman luas beliau dalam pelbagai bidang di negara ini akan memberikan nilai tambah kepada pembangunan belia serta kemajuan bola sepak Johor,” tulis kenyataan di laman sosial rasmi TMJ.
“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim ingin mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada Khairy Jamaluddin atas perlantikan beliau sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah kelab selepas diumumkan oleh pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Johor Darul Ta'zim FC (JDT) would like to welcome and congratulate Khairy Jamaluddin on his appointment as a member of the JDT Board of Directors following the announcement by JDT owner HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor.
[1/2] pic.twitter.com/QTrcqAefP8
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) February 15, 2023
“JDT juga mengucapkan tahniah kepada Khairy atas perlantikan beliau sebagai Penasihat Belia Johor. Luaskan Kuasamu Johor,” tulis kenyataan media itu.
Perlantikan ini juga pastinya bakal menjadi satu lagi dimensi baharu buat juara Liga Super sembilan kali berturut-turut itu untuk mengharungi musim baharu yang akan bermula pada 24 Februari 2023.