WAKIL tunggal negara yang bermain bersama Kelab Thailand Sena Bangkok, Yap Qar Siong mengakui Thailand memiliki aspek pemahaman sains sukan yang lebih baik berbanding Malaysia.

Jelasnya, negara Gajah Perang itu tampil dengan pengkhususan yang teliti ketika menjaga pemakanan atlet serta latihan yang kepada pemain badminton mereka.

“Ia banyak bantu. Mereka (Thailand) memiliki banyak pengalaman yang berbeza. Dari segi sains sukan, dia jaga pemakanan kita, latihan kita. Saya banyak belajar dengan mereka.

“Ada sedikit berbeza dari segi latihan Malaysia kurang dari aspek sains sukan tetapi Thailand agak lebih sedikit. Thailand sains sukan sangat bagus, mereka jaga,” katanya ketika ditemui  FLASH SUKAN.

Sementara itu, pasangannya, Atiaya Povanon akui Qar Siong banyak membantu dari aspek kawalan gelanggang sekaligus berjaya menewaskan lawan kelab Ho Chi Minh City hari ini.

“Saya sangat beruntung berpasangan dengan Qar Siong. Dia seperti abang kepada saya. Dia banyak membantu saya jika saya gagal membalas pukulan lawan,” ujarnya.