HAJAT Mohamed Salah yang berharap pasukannya, Liverpool akan berhadapan dengan Real Madrid di babak akhir Liga Juara-Juara 2021/22 menjadi kenyataan.
Pemain kebangsaan Mesir itu mengakui ingin balas dendam selepas dikalahkan Los Blancos pada final edisi 2017/18 dengan keputusan 1-3.
Dalam final tersebut, Salah tidak dapat bermain penuh kerana mengalami cedera bahu.
Terbaru, dalam ciapannya Twitter, Salah tidak sabar bertemu gergasi kelab La Liga itu yang segar menundukkan Manchester City pada Khamis hasil agregat 6-5.
“Kami ada skor untuk selesaikan,” tulis Salah.
Final antara kedua pasukan akan diadakan di Kota Paris pada 29 Mei depan.