PENGURUS Real Madrid, Carlo Ancelotti nyata gembira dengan pencapaian pasukan kendaliannya biarpun terpaksa berputih mata apabila hanya seri 0-0 dengan Real Sociedad dalam aksi La Liga pada Ahad.

Jelasnya, dia melihat peningkatan ketara dipamerkan anak buahnya dari setiap posisi, maka tidak hairanlah bahawa skuad ini dijangka akan terus memberi cengkaman setelah beberapa pemain tonggak kembali menyertai skuad tersebut.

“Ini adalah satu daripada perlawanan terbaik kami pada musim ini.

“Memang benar Barca beraksi cemerlang sekarang, tetapi musim masih panjang dan Januari memang sukar, tetapi pasukan saya mempamerkan peningkatan ketara dalam semua sudut, pertahanan, serangan serta fizikal.

“Pemain semakin meningkat, pemain yang cedera akan kembali dan kami yakin dalam beberapa bulan akan datang, kami akan menyerlah pada separuh kedua musim,” jelas Ancelotti.

Real Madrid kini berada di tangga kedua liga dengan 42 mata, lima mata di belakang pendahulu liga, Barcelona yang mengutip 47 mata.