KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menyerahkan peruntukan berjumlah RM30,000 kepada Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) untuk tujuan kebajikan ahlinya.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, phaknya memberi kebebasan kepada SAM untuk menggunakan peruntukan itu mengikut program yang bersesuaian.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyampaikan sumbangan keperluan persekolahan kepada anak-anak ahli SAM.

“Peruntukan kita serah ini ini terpulang kepada SAM tetapi saya harap untuk tujuan kebajikan ahlinya,” kata Hannah, selepas menyampaikan bantuan kepada 72 penerima Program Kasih Prihatin ‘Back To School’ anjuran SAM dengan kerjasama Yayasan Prihatin Nasional (Prihatin), di ibu negara.

Sementara itu, Presiden SAM, Norismadi Abd Manap berkata, 72  penerima bantuan kembali ke sekolah itu, melibatkan anak-anak kepada 40 ahli SAM yang terpilih.

“Ini adalah sebahagian daripada program kebajikan kita dan banyak lagi program akan dilaksanakan bersesuaian kehadiran bulan Ramadan,” kata Norismadi.

Turut hadir pada majlis itu, Ketua Pegawai Eksekutif Prihatin, Datuk Aizuddin Mohd Ghazali.