AEON BiG melancarkan peraduan hebat dengan ganjaran yang besar buat pelanggan-pelanggan setia pasaraya tersebut sempena ulang tahunnya yang ke-11 pada tahun ini.

Dengan berbelanja minima sebanyak RM111 pada satu resit, orang ramai berpeluang memenangi sebuah Proton X50 Flagship dan dua buah Proton Saga Premium melalui peraduan ‘Shop More Win More’.

Pengarah Urusan AEON BiG, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed berkata, peraduan yang diadakan khas untuk dimenangi pelanggan setia AEON BiG itu merupakan kerjasama dengan pengeluar kereta nasional pertama di Malaysia, Proton.

“Sebarang pembelian produk penaja akan melayakkan setiap pelanggan mendapat penyertaan berganda, manakala pelanggan yang berbelanja sehingga RM333 akan berpeluang menggandakan peluang mereka sehingga enam penyertaan.

“AEON BiG juga menawarkan diskaun sehingga 50 peratus ke atas beberapa produk terpilih sepanjang tempoh kempen berlangsung selain pelanggan boleh menikmati ganjaran setiap minggu dengan AEON Big Gift Card bernilai RM100 untuk pemenang bertuah,” katanya ketika sidang akhbar selepas merasmikan kempen tersebut di AEON BiG Wangsa Maju.

Tambah Sheikh Farouk, rakan-rakan perniagaan lain yang turut serta dalam meraikan kempen ulang tahun itu selain PROTON termasuklah Gold Sponsors – Nestle Products Sdn Bhd, Felda Global Ventures, Mamee Double Decker, Tyson Malaysia dan 130 rakan niaga AEON BiG yang merupakan penyumbang aktif kempen tersebut.

“Peluang untuk pelanggan bertuah merebut hadiah ini adalah bermula 19 Oktober sehingga 18 November depan.

“Kami amat berbesar hati untuk meraikan 11 tahun yang indah bersama-sama dengan pelangan dan rakan-rakan perniagaan dan kami ingin menghargai pelanggan yang setia bersama kami selama ini,” katanya.

Turut hadir dalam majlis pelancaran adalah Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup,  Senator Fuziah Salleh dan Duta Tyson Malaysia, Chef Anis Nabilah.