SAN Marino mencipta sejarah apabila memenangi perlawanan bola sepak antarabangsa pertama dalam tempoh 20 tahun dalam sejarahnya selepas menewaskan Liechtenstein 1-0 dalam Liga Negara-Negara Eropah peringkat Liga D.

Ia merupakan kemenangan kedua San Marino dalam sejarah bola sepaknya selepas kali terakhir memenangi ialah pada tahun 2004 menentang pasukan lawan yang sama, dengan keputusan skor yang serupa.

Kemenangan ini merupakan yang kali pertama dalam sejarah San Marino memenangi bagi aksi kompetitif.

Pemain-pemain San Marino meraikan kemenangan selepas perlawanan berakhir. (Sumber Gambar: UEFA)

Liechtenstein hampir berjaya mendapatkan gol apabila Fabio Luque-Notaro menjaringkannya pada minit ke-30 namun beliau berada di kedudukan offside.

Nicko Sensali menjadi wira buat San Marino apabila berjaya menjaringkan gol pada minit ke-53. Keputusan 1-0 kekal sehingga wisel penamat ditiupkan oleh pengadil perlawanan.

San Marino kini berada dikedudukan tercorot dalam ranking FIFA iaitu yang ke-210 sementara Liechtenstein berada tidak jauh di kedudukan ke-199 dunia.