PENASIHAT Teknikal Pasukan Utama Selangor FC bakal digalas oleh bekas pemain dan juga seorang legenda Gergasi Merah, K. Sanbagamaran.

Selain menjadi ketua pasukan Selangor, K. Sanbagamaran juga mempunyai lebih 300 penampilan serta telah memenangi sembilan kejuaraan bersama pasukan ini.

“Untuk makluman, pihak kelab juga akan membuat beberapa pengumuman rasmi berkenaan pelantikan Pengarah Sukan dan Pengarah Teknikal dalam masa terdekat.

“Selangor FC ingin mengucapkan terima kasih kepada Nidzam Jamil yang telah mengemudi pasukan sebagai Ketua Jurulatih Interim sepanjang tempoh kekosongan ini, dan beliau kini akan kembali memegang jawatan sebagai Penolong Jurulatih kepada Tan Cheng Hoe,” kata kenyataan itu.