FOTO :KDA FC

SANG Kenari berjaya mencipta kemenangan dramatik 2-1 ke atas Penang FC dalam aksi Northern Derby yang berlangsung di Stadium Bandaraya pada Selasa.

Suhu kehangatan kedua-dua pasukan mula dirasai sebaik tiupan wisel pertama menandakan perlawanan penting Liga Super untuk kedua-dua pasukan berjiran itu.

Pelawat terlebih dahulu membocori gawang Penang berpunca situasi kelam kabut dalam kawasan kotak penalti.

Moses Atede melepaskan tendangan ke arah Azfar Arif Sukri yang gagal menangkap kemas sebelum tindakan susulan Fadzrul Danel berjaya menyumbat gol pertama Sang Kenari m-6.

Penyerang Penang, Sonny Saad tampil menyamakan kedudukan bagi membolehkan pasukan tuan rumah mengikat pelawat pada minit ke-32.

Bekas pemain kebangsaan Lubnan itu sentiasa memecah benteng dan mencipta gerakan lincah untuk terus memburu gol kedua namun gagal hingga berakhir 45 minit pertama.

Memasuki babak kedua perlawanan pasukan pelawat terus menyerang kubu tuan rumah tetapi semuanya tersasar dan dipatahkan pertahanan Penang.

Tindakan bijak Nafuzi Zain menukar taktikal memasukkan Fayadh Zulkifli Amin mengeluarkan Fadzrul menghasilkan sesuatu yang diinginkan penyokong Kedah yang bertandang ke stadium.

Moses Atede melepaskan sepakan luar kotak penalti pada masa kecederaan untuk memberikan tiga mata penting buat Kedah.

May be an image of 3 people, people playing American football, people playing football and text

Sang Kenari kini cuba mengejar pasukan tangga kedua, Selangor FC yang hanya dibezakan tiga mata  dan kemenangan itu membolehkan mereka mengutip 43 mata, sementara Penang pula di kedudukan ke-10 mengumpul 19 mata.