KEDAH Darul Aman FC (KDA FC) mencatat kemenangan 2-0 ke atas Sri Pahang FC pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Aman, sebentar tadi.

Sebaik perlawanan dimulakan, Sang Kenari terus mengatur serangan untuk memburu gol awal untuk membangkit semangat bertarung di gelanggang sendiri.

Jentera serangan baharu skuad KDA FC, Ifedayo Omosuyi tidak menunggu lama untuk membuktikan ketajamannya. Gol tercetus seawal minit keempat dan ia merupakan jaringan kelima dalam empat aksi di Liga Super.

Tidak terhenti di situ, tuan rumah terus mengasak melalui percubaan dilakukan Manuel Hidalgo dan Manuel Ott namun kedua-duanya gagal menepati sasaran.

May be an image of 1 person, playing football, playing American football and text

J. Partiban yang berada dalam kesebelasan utama mula mendapat sentuhan jaringan di Darul Aman. Dia berjaya menyumbat gol kedua untuk pasukan m-42 dan kedudukan kekal sehingga menuju ke bilik persalinan.

Separuh masa kedua menyaksikan pasukan Kedah beraksi dengan lebih tenang apabila memegang bola sementara Tok Gajah terus mengasak namun tiada penyudah yang sempurna.

Empat minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan. Kedah selepas ini terlibat aksi timbal balik pusingan 16 Piala Malaysia bertemu Perak FC pada Jumaat depan.

Manakala, Pahang akan berdepan Harini FT di Kuantan pada 20 Ogos.