PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menafikan beliau memecah-belahkan peminat bola sepak tanah air.

Muhammad Sanusi yang ditemui media memberitahu beliau adalah orang yang menyatukan peminat bola sepak sekaligus menafikan posting yang ditulis pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim di ruangkan Instagram pemilik KDA FC Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar sebelum ini.

Jelas Muhammad Sanusi, pemilik kelab JDT tidak boleh ‘kata kat dia.’

“Kalau orang kata dia ‘lanun bola sepak’, apa dia rasa. Dia kata saya, badut, clown, memecah belah. Kalau saya kata kat dia ‘hang lanun bola sepak’, dia nak jawab apa?

“Soalan, ‘Apa perasaan you  kalau I kata you lanun bola sepak’?,” kata Muhammad Sanusi.

Beliau yang juga Menteri Besar Kedah berkata, dalam satu kesatuan bola sepak ini untuk orang ramai.

 

“Padang yang sama luas, pemain sama banyak, pintu gol yang sama saiz player yang sama ramai.

“Biasanya player tak sama ramai sebab pengadil masuk sebelah tu. Pemain dia lebih lebih ramai. Saya nak player sama ramai, pengadil kat tengah.”