PEMAIN pertahanan pasukan negara, Dion Cools akan bersama skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) pada masa hadapan.

Pemilik Kelab JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan ketika dalam program segmen Nindia Bola bersama Hafizal Hamad di Astro Arena pada Isnin

“Gaji Dion Cools terlampau mahal bagi kami. Buriram bayar gaji yang terlalu mahal tetapi saya tahu dia ingin bermain di Malaysia dan saya tak rasa pemain itu akan bermain dengan pasukan lain.

“Kami ada perhubungan baik. Dia tahu berkenaan projek, infrastruktur dan agenda di JDT dengan jelas.

“Satu hari nanti Dion Cools akan jadi pemain JDT,” katanya.

Sebelum ini, pemain kelahiran Kuching itu pernah dikaitkan dengan perpindahan ke JDT dengan Tunku Ismail menyatakan bahawa Dion mempunyai keinginan yang tinggi untuk menyarung jersi pasukan terbabit.