PRESIDEN Persatuan Bolasepak Malaysia, Datuk Hamidin Mohd Amin menganggap persembahan skuad negara yang tidak dibarisi tiga pemain lebih umur berbanding pasukan tuan rumah, wajar dipuji sekali gus beliau percaya masa depan barisan pemain muda ini cukup cerah.
Skuad junior negara tewas tipis 0-1 kepada pasukan tuan rumah kejohanan Sukan SEA 2021, Vietnam dalam aksi separuh akhir bola sepak lelaki selepas berjuang 120 minit di Stadium Viet Tri.
“Mereka adalah ‘hero’ di dalam hati rakyat Malaysia. Benar, mereka kalah di atas padang tetapi skuad muda negara kita telah membuktikan sesuatu kepada semua orang dengan persembahan mereka.
“Satu kekalahan yang agak menyakitkan kerana kita telah menyaksikan betapa komited mereka sepanjang beraksi 120 minit.
“Namun saya percaya pertemuan dengan Vitenam Khamis lalu tidak akan melemahkan kita sebaliknya akan menguatkan semangat lagi pemain-pemain kita di masa akan datang,” ujarnya.
Malaysia akan bertemu Indonesia bagi penentuan pingat gangsa di Stadium Nasional My Dinh Hanoi, Ahad ini (22 Mei).