SATU lawan satu, Razie Rahim berdepan penjaga gol Korea Selatan, Kim Jaehyon ketika mengambil penalti strok. Flicker skuad kebangsaan itu berjaya mempedaya penjaga gol utama lawan, membolehkan Speedy Tigers mendahului 2-1 dalam aksi final Piala Sultan Azlan Shah, Khamis malam. Jaringan itu menjadi titik tolak kebangkitan skuad bimbingan A.Arulselvaraj yang mengakhiri perlawanan dengan nota kemenangan penuh makna, 3-2. Kemenangan itu membolehkan Malaysia melakar sejarah muncul juara kejohanan berprestij yang memasuki edisi ke-29, sekali gus menamatkan kemarau 38 tahun.
Related Posts
TERKINI
-
Raja Isa sokong Kim Swee latih Persis SoloNov 25, 2024 | Global
-
Marin Pilj sah tinggalkan Terengganu FCNov 25, 2024 | Liga Malaysia
-
Kenneth Jonassen sedia bawa pembaharuanNov 25, 2024 | Badminton