PENGENDALI Harimau Malaya, Kim Pan Gon memuji barisan pemainnya terutama yang melakukan debut bersama skuad kebangsaan dan dia sedikit pun tidak menjangka mampu menang dengan keputusan 4-0.
Pan Gon juga berterima kasih kepada para penyokong yang hadir memberikan sokongan meskipun perlawanan berlangsung pada musim Piala Dunia dengan perlawanan penting berlangsung.
Dia juga berpuas hati dengan apa yang ditunjukkan oleh para pemain yang berjaya menterjemahkannya segala maklumat yang diberikan dalam sesi latihan walaupun masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki.
Perlawanan Antarabangsa Tier 1 2022
Keputusan Masa Penuh
Malaysia 4-0 Kemboja
⚽ Faisal Halim 11',45', Lee Tuck 38', Stuart Wilkin 86'#HarimauMalaya pic.twitter.com/YjM7WPXwDN
— Flash Sukan (@FlashSukan) December 9, 2022
“Tahniah kepada semua pemain Harimau Malaya terutama yang melakukan debut hari ini. Saya tidaj menjangkakan dapat menjaringkan empat gol kerana banyak pemain baharu tetapi saya dapat lihat banyak perubahan dari sehari ke sehari dan kami dilihat seperti sudah lama bersama.
“Kami juga gembira dengan sokongan para penyokong yang hadir terutama ketika musim Piala Dunia. Sokongan seperti inilah yang membuatkan kami menjadi lebih bersemangat untuk berjuang kepada semua penyokong.
ARTIKEL BERKAITAN: https://www.flashsukan.com.my/semangat-kit-baharu-harimau-malaya-menang-ke-atas-kemboja/
“Para pemain menterjemahkan segala maklumat yang mereka terima ketika sesi latihan pada perlawanan ini. Mereka mengikuti segala arahan dan walaupun sedikit bergelut pada 10 minit pertama namun selepas itu saya gembira dan tidak mempunyai sebarang masalah,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan.
Pan Gon juga menjelaskan siapa sahaja yang menyarung jersi kebangsaan perlu mengekalkan karektor dan DNA Harimau Malaya dan ini adalah tuntutan yang dia mahukan dari setiap pemain selain dia perlu meningkatkan lagi taraf kecergasan para pemain.
Sementara itu pengendali Kemboja, Ryu Hirose merasakan perlawanan ini sudah tamat pada separuh masa pertama selepas mereka ketinggalan 3-0 dan perkara ini terjadi kerana mereka tidak melakukan tekanan kepada pasukan kebangsaan.
Dia turut mengakui Malaysia mempunyai barisan pemain yang baik terutama di barisan pertahanan dan mempunyai masa depan yang cerah dengan pemain yang sentiasa memberikan intensiti sepanjang perlawanan.