BINTANG tenis Ameriika Syarikat (AS), Serena Williams menegaskan dia belum bersara dan kemungkinan besar akan membuat penampilan semula amat tinggi.
Kenyataan dikeluarkan Serena sebelum ini yang mengatakan mahu melupakan sukan itu selepas Terbuka AS bulan lepas.
“Saya tak bersara. Peluang untuk kembali amat tinggi. Awak boleh datang ke rumah saya, saya ada gelanggang,” kata Serena dalam siding media di San Francisco, ketika memprmosi syarikat pelaburannya, Serena Ventures.
Serena, 41, dalam sebuah artikel pada Ogos lalu dilaporkan berkata, dia akan menjauhkan diri daripada tenis, walaupun tidak membuat pengesahan Terbuka AS sebagai kejohanan perpisahan yang menyaksikan dia diberi penghormatan sebelum setiap perlawanan di New York sambil melambai dangucapkan selamat tinggal dengan penuh emosi, sebaik tewas di pusingan ketiga.
Pemenang 23 gelaran Grand Slam itu melalui zaman teniss remaja yang sangat hebat berkata, dia tidak melakukan persiapan untuk menyertai kejohanan selepas Terbuka AS.
“Apabila saya bangun pada keesokan harinya dan pergi ke gelanggang, saya terfikir buat kali pertama dalam hidup saya tidak bermain untuk pertandingan dia perasaan itu sangat pelik.
“Ia bagaikan hari pertama dalam kehidupan yang saya nikmatinya namun tercari-cari apa yang hilang,” kata Serena.