PENGENDALI Kuala Lumpur City FC, Bojan Hodak berpuas hati dengan kemenangan yang dicatatkan pasukannya tetapi masih tidak berpuas hati dengan corak permainan keseluruhan.

Dia yang memberikan ruang kepada beberapa pemain yang jarang melakukan penampilan bermain dan mahukan barisan serangannya bermain dengan lebih mudah pada perlawanan timbal balik nanti.

Bojan turut gembira dengan kejayaan Romel Morales menjaringkan dua gol dan berharap ianya akan menjadi pemangkin semangat buatnya untuk terus menjaringkan gol.

Bojan Hodak

“Saya berpuas hati dengan kemenangan ini tetapi tidak dengan persembahan kami. 3-0 adalah keputusan yang baik dan kami tidak dibolosi. Barisan pertahanan beraksi dengan baik tetapi barisan hadapan perlu lebih tenang dan bermain dengan lebih mudah pada perlawanan akan datang.

“Beberapa pemain yang jarang diturunkan diberikan peluang bermain pada perlawanan ini dan seperti biasa ada yang nampak tidak selesa tetapi ianya pasti akan berubah pada perlawanan selepas ini.

“Saya gembira dengan Romel yang menjaringkan dua gol. Naluri seorang penyerang sentiasa ingin menjaringkan gol dan saya harap ianya dapat meningkatkan keyakinannya kembali di hadapan gawang.

Romel Morales

Pengendali Croatia ini akan menilai semula tahap kecergasan pemain pada sesi latihan bagi menentukan siapakah yang bakal diturunkan pada aksi timbal balik yang dijadualkan berlangsung pada 1 November 2022.

Kuala Lumpur City FC dilihat sudah sebelah kaki ke peringkat suku akhir dengan kemenangan 3-0 ini dan ianya sudah pasti memberikan semangat yang tinggi buat mereka untuk mempertahankan kejuaraan.