JURULATIH Paris Saint-Germain (PSG), Christophe Galtier menafikan sekeras-kerasnya bersifat perkauman dan Islamofobia. Dia kini akan menyaman penyebar isu itu.
Masa depan Galtier selaku jurulatih PSG sememangnya terganggu bukan sahaja dengan prestasi buruk pasukannya yang membawa kepada kegagalan dalam Liga Juara-Juara, tetapi juga dengan tuduhan bahawa dia rasis dan takut kepada Islam.
Semasa masih membimbing Nice, Galtier mengadu bahawa terdapat terlalu ramai pemain kulit hitam dan beragama Islam dalam pasukan. Ini dianggap mengganggu prestasi pasukan kerana akan timbul rasa cemburu.
Ini membuatkan Galtier diteliti dan dikritik hebat. Lebih-lebih lagi, Galtier kini bekerja untuk PSG, yang dimiliki oleh Qatar, yang majoritinya beragama Islam.
🗣💬 "Je ne peux accepter que mon nom et ma famille soient salis de la sorte."
🔴 Christophe Galtier s'est exprimé ce vendredi sur les accusations de racisme et d'islamophobie contre lui. pic.twitter.com/ZL3pmTGTYh
— RMC Sport (@RMCsport) April 14, 2023
Tuduhan ini tentunya boleh mengganggu tumpuan PSG yang masih menyasarkan dua gelaran domestik pada penghujung musim. Oleh itu, Galtier juga akan menyaman mereka yang telah mencemarkan nama baiknya.
Seorang bekas pemainnya di Lille, Burak Yilmaz turut mempertahankan Galtier.
“Saya telah memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang telah merosakkan kehormatan saya dan saya berpuas hati bahawa siasatan sedang dijalankan.
“Saya terkejut dengan komen yang menyerang saya seperti itu dan menjadi liar. Saya tidak boleh biarkan nama saya dan keluarga saya dicemarkan dengan cara ini.
“Saya dibesarkan dalam perumahan bersubsidi, dibesarkan dalam kepelbagaian, diajar untuk menghormati orang tanpa mengira bangsa, warna kulit atau agama mereka,” kata Galtier di BBC Sport.