CRISTIANO Ronaldo menyesal gara-gara terlibat insiden dengan penyokong Everton.
Namun penyerang Manchester United itu membuat permohonan di media sosialnya, pada Ahad selepas beberapa jam selepas tamat perlawanan di Goodison Park.
Dalam ciapannya, Ronaldo meminta maaf kepada peminat Everton dan ingin menebus kesalahannya, dengan mengundang para penonton ke Old Trafford.
“Tidak akan pernah mudah menghadapi emosi pada saat-saat sukar seperti yang sedang kami hadapi. Tetapi, kami perlu menghormati, sabar, dan memberi contoh kepada semua anak muda yang meminati permainan yang indah ini.
“Saya meminta maaf atas kemarahan saya dan ingin mengundang penyokong ini untuk menonton pertandingan di Old Trafford sebagai tanda fair-play dan kesukanan,” tulis CR7.
Pada perlawanan yang menyaksikan The Red Devils kalah 1-0, penyerang Portugal itu secara tak sengaja menjatuhkan telefon milik penonton Everton.
Khabarnya, kelab Manchester United sendiri akan menyiasat kejadian yang berlaku semasa Ronaldo memasuki bilik persalinan stadium.
Kekalahan itu turut mengekalkan kelab Old Trafford pada kedudukan ketujuh Liga Perdana Inggeris dan terancam tidak layak beraksi di kempen Liga Juara-Juara musim depan