PEMAIN bola sepak kebangsaan, Safawi Rasid merakamkan ucapan penghargaan luar biasa kepada pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Menerusi Instagram, Safawi memuatnaik status seolah-olah memberi gambaran bahawa dirinya bakal meninggalkan kelab Harimau Selatan itu.
“Ini adalah hari yang penuh emosi bagi saya. Saya selamanya berhutang atas apa yang @hrhcrownprinceofjohor telah lakukan untuk saya dalam kerjaya saya.
“Terima kasih kerana sentiasa menasihati saya dan mahukan yang terbaik untuk kerjaya saya.
“Kenangan terbaik saya dalam bola sepak adalah bersama kelab yang menakjubkan ini. Sudah tiba masanya untuk cabaran baharu.
“Ini bukan selamat tinggal. Jumpa lagi,” tulisnya dalam Instagram pada Ahad.
FLASH SUKAN pada 4 Disember lepas melaporkan JDT telah mengumumkan dua pemainnya akan berhijrah ke Liga 1 Thailand secara pinjaman.
Pengarah Teknikal , Hector Bidoglio memberitahu JDT telah mencapai persetujuan dengan Liga 1 Thailand, Ratchaburi FC untuk meminjamkan dua pemainnya Safawi dan Moussa Sidibe akan beraksi musim depan.
ARTIKEL BERKAITAN : Pengantin baharu Safawi bakal berkelana di Thailand musim depan