BERAKHIRNYA kisahnya Yusri Che Lah bersama skuad Perak FC bermakna episod duka perjuangan tanpa gaji sebelum ini bakal dilipat kemas olehnya.

Yusri,46, tidak lagi bersama skuad utama Perak FC selepas pembentukan ‘massive’ pengurusan baharu yang telah melantik bekas Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Lim Teong Kim sebagai ketua jurulatih baharu.

Sepanjang musim ini, episod sedih, kecewa barisan pemain dan kejurulatih menjadi perhatian berikutan tidak menerima gaji beberapa bulan ketika berada di bawah pengurusan lama.

Namun, Yusri dan pemain-pemainnya ketika itu terus berjuang dalam setiap perlawanan Liga Perdana.

Ketika perlawanannya akhirnya Sabtu lalu, suasana di stadium sedikit beremosi dengan nyanyian penyokong-penyokong setia Seladang ‘Terima Kasih Yusri… Terima Kasih Yusri…’.

Malah Yusri juga kelihatan mengalir air mata ketika memberi penghormatan berdepan penyokong-penyokong yang hadir.

“Saya tak mampu bawa Perak. Saya tau Perak negeri yang paling kuat penyokong dalam Malaysia.

“Saya cuba termampu sahaja. Allah  dah tentukan perjalanan hidup saya.

“Terima kasih banyak atas bantuan semua yang ada……Selamanya… ,” sambil tunduk penuh emosi sedih.

Yusri juga turut dipeluk pemain-pemainnya dan turut kelihatan Presiden baharu Perak FC Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami rindukan suara sokongan Ultras” – Yusri Che Lah

ARTIKEL BERKAITAN: Perak FC diibarat empat filem 70-an, “Saya bagaikan sudah hilang kata-kata”

ARTIKEL BERKAITAN: “Hadiah Aidilfitri bermakna buat pasukan Perak FC” – Yusri Che Lah

Ketika berada di bilik persalinan, Yusri turut memberi kata-kata terakhir kepada pemain-pemainnya.

“Semua atas kita kalau kita nak main kalau nak usaha Allah tidak akan membuat kita silap.

“Saya terima apa yang berlaku walaupun manis dan pahit itu terlihat.

“Tapi tak  semua manis itu mai satu hari perjalanan hidup kita,” ujarnya.

Bagaimanapun, khidmat Yusri Che Lah tidak berhenti di situ, sebaliknya bakal diberi peranan membangunkan skuad bawah 23 tahun Perak pada musim depan.