PENGENDALI Kuala Lumpur City FC, Bojan Hodak tidak peduli jika permainan berakhir dalam 90 minit atau sehingga masa tambahan kerana padanya orang akan ingat siapa muncul juara dan bukannya perlawanan akhir.
Dia juga berharap agar mimpi indah yang sedang dialami pasukannya dari penghujung tahun lalu berterusan dan mempunyai pengakhiran yang baik pada Sabtu.
Bojan juga mahukan sokongan yang padu daripada para penyokong kerana ianya akan memberikan semangat tambahan buat para pemain untuk memberikan aksi yang lebih mantap.
Next up — #TheBIGONE ‼️
Siapa sangka? It’s a fairytale, a dream. One last match!
Siapa yang datang #AFCCup2022 Final Sabtu ini, quote tweet or reply post ni! 🤩
Yang belum beli ticket, boleh beli di sini 👉🏻 https://t.co/W5pZpDzjRO #KLCityFC #KLPride #SampaiMatiKualaLumpur pic.twitter.com/vyLgKaJlsA
— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) October 20, 2022
“Saya tidak peduli sama ada perlawanan akan ditamatkan pada 90 minit atau hingga masa tambahan kerana apa yang penting adalah pemenang kerana tidak ada sesiapa yang akan mengingati perlawanan akhir tetapi akan mengingati siapa yang menjadi juara.
“Sejak akhir tahun lalu dan sehingga kini, segalanya ibarat mimpi buat kami. Selepas memenangi Piala Malaysia, kini kami akan bersaing di perlawanan akhir Piala AFC. Kami harap kami akan berjaya memenanginya dan mempunyai pengakhiran yang indah.
“Kami akan mempunyai kelebihan menerusi kehadiran penyokong dan berharap separuh daripada stadium akan dipenuhi. Pemain akan memberikan lebih dari 100 peratus dihadapan penyokong yang ramai,” katanya dalam sidang media pra perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Bojan turun mengakui Al-Seeb adalah pasukan yang lebih baik dengan beberapa pemain kebangsaan yang mampu mengubah perlawanan dan masih melabelkan KL City sebagai pasukan bukan pilihan.
Kuala Lumpur City FC akan berhadapan wakil Oman, Al-Seeb dalam final Piala AFC di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam misi menjadi pasukan kedua dari Malaysia muncul juara kejohanan kelab Asia tier kedua ini selepas Johor Darul Ta’zim melakukannya pada 2015.