KEGAGALAN pasukan futsal negara mengecapi sebarang kemenangan ketika Kejuaraan Futsal NSDF 2024 di Thailand tidak mematahkan semangat pemain-pemain untuk terus bangkit selepas ini.

Bagi Awalludin Mat Nawi, dia dan rakan-rakannya telah berjuang sebaik mungkin untuk negara namun pengalaman pihak lawan di kejohanan peringkat antarabangsa merupakan perbezaan yang dihadapi.

“Sayang kerana kami kalah tipis dalam semua perlawanan.

“Walaupun kami tak menang apa-apa perlawanan, kami bagi saingan yang sengit terhadap pasukan lawan (Thailand, Afghanistan dan Australia).

Coach (Rakphol) berasa sedikit kecewa disebabkan kesilapan yang dilakukan pasukan, tetapi dia juga berasa puas hati kerana kami telah lakukan yang terbaik, cuma keputusan tidak memihak kepada kami,” jelasnya kepada media selepas tiba KLIA pada Jumaat.

Keserasian pemain tidak menjadi masalah kerana keserasian antara pemain itu wujud. (Sumber Gambar: FAM)

Tambah, Awalludin yang juga menjaringkan empat gol ketika kejohanan di Thailand itu bahawa keserasian antara pemain tidak menjadi masalah kerana ianya wujud walaupun hanya sekekap berlatih bersama.

“Bagi saya, semua pemain perlukan kejohanan anatrabangsa peringkat tertinggi kerana disitu kami dapat biasakan dengan tempo permainan peringkat tertinggi seperti pasukan lawan yang lain.

“Kami akan bagi yang terbaik jika diberi peluang untuk bermain di kejohanan antarabangsa tertinggi supaya dapat pengalaman itu,” ujarnya.

Skuad kendalian Rakphol Sainetngam akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan satu lagi pasukan Asia Tenggara iaitu Vietnam sebagai persiapan awal menghadapi Kejuaraan Futsal Asean 2024 nanti.