FOTO : FAS

HARI ini buat pertama kalinya dalam sejarah, Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Sarawak Sports Corporation (SSC) akan mengadakan Kursus Kejurulatihan AFC/FAM Diploma ‘A’ di bumi kenyalang.

Kursus yang bermula dari 18 September sehingga 6 Oktober 2023 akan dikendalikan oleh ‘Head Educator’ Lim Kim Choon yang merupakan Ketua Unit Pendidikan Kejurulatihan FAM sambil dibantu oleh ‘Assistant Educator’ Wan Jamak Wan Hassan.

Serahan baju untuk peserta kursus.

Majlis pembukaan kursus tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SSC, Tuan Awang Putrayusrie Awang Redzuan. Turut hadir sama, Naib Presiden FAS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Teknikal FAS, Nichol Agoi dan Setiausaha Agung FAS, Paza Haji Dan.

“Sekalung penghargaan dan terima kasih juga dirakamkan buat Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Kesenian Sarawak dan Menteri Belia dan Sukan Sarawak yang telah memberi sokongan penuh beliau terhadap menjayakan program ini,” kata kenyataan FAS.

Peserta program yang hadir hari ini.

Setakat ini, FAS telah berjaya melaksanakan beberapa program dan aktiviti pendidikan selaras dengan tuntutan Visi 10:32 yang telah dilancarkan oleh FAS pada awal tahun ini.

Antara yang telah selesai dijalankan adalah:-

1. 1-6 Febuari 2023: Kursus Kejurulatihan Bola Sepak Lesen ‘D’ FAS/FAM di Miri (40 Peserta)

2. 5-10 Mac 2023: Kursus Kejurulatihan Bola Sepak Lesen ‘D’ FAS/FAM di Mukah (19 Peserta)

3. 22-27 Mei 2023: Kursus Kejurulatihan Bola Sepak Lesen ‘D’ FAS/FAM di Limbang (23 Peserta)

4. 12-17 Jun 2023: Kursus Jurulatih Futsal Tahap 1 AFC di Bintulu (17 Peserta)

5. 1-6 Ogos 2023: Kursus Kejurulatihan Bola Sepak Lesen ‘D’ FAS/FAM di Bintangor (20 Peserta)

6. 21-25 Ogos 2023: Kursus Kejurulatihan Bola Sepak Lesen ‘D’ FAS/FAM di Miri (21 Peserta)