PEMANAH wanita negara,  Nur Jannaton Abdul Jalil tersingkir daripada saingan 16 terbaik aksi Individu Compound Wanita kepada atlet India, Sarita.

Menurut Jannaton, permainan yang ditampilkan hari ini bukanlah yang diharapkan.

“Hujan lebat mengganggu corak permainan saya. Rasa sejuk melampau dan menyebabkan tangan saya kebas.

Janna akui cuaca hujan membuatkan persembahannya terganggu. Foto: MSN

“Saya tak sangka hujan lebat hari ini menyukarkan saya unuk menarik anak panah. Saya terpaksa  menyasarkan anak panah lebih tinggi daripada biasa.

“Saya tak tahu nak cakap apa,” jelasnya selepas perlawanan.

Dalam pada itu, Jannaton tidak mahu terus kecewa memandangkan dia ada lagi acara selepas ini.

“InsyaAllah saya akan cuba yang terbaik dalam acara berpasukan campuran.”