SAFEE Sali telah mengumumkan persaraan minggu lalu dan mendapat perhatian banyak pihak termasuk penyokong bola sepak tempatan dan juga antarabangsa terutamanya di Indonesia.
Safee pernah mewakili berapa pasukan di Liga Malaysia dan pada Jumaat, Johor Darul Ta’zim (JDT) telah mengadakan satu majlis penghormatan buat Safee dan mengangkatnya sebagai salah seorang legenda Harimau Selatan.
Sepanjang bersama JDT, Safee berjaya memenangi tiga kejuaraan Liga Super, satu Piala FA, dua Piala Sumbangsih dan kejuaraan Piala AFC yang berprestij pada 2015 yang mana dia adalah antara tonggak yang membawa Harimau Selatan ke final sebelum muncul juara.