PEMAIN tengah Manchester City, Kevin De Bruyne mengalu-alukan kedatangan Erling Haaland dalam pasukan The Citizens bermula Julai depan.
De Bruyne merai gol ketiga ketika bertemu Wolves dengan meniru gaya Haaland sekaligus memberi isyarat menerima kehadiran pemain muda itu.
Guardiola turut tidak terlepas mengucapkan selamat datang kepada Haaland dan sangat terharu kerana memilih Manchester City.
Sementara itu, Guardiola turut mengakui Haaland merupakan seorang pemain muda yang memiliki bakat besar.
“Tahniah kepada kelab kerana telah berjaya menandatangani seorang pemain muda dan sangat berbakat,” ujarnya.
Kedatangan Haaland dijangka akan menambah sengat di bahagian serangan bersama De Bruyne dan terus merekodkan gol sebanyak mungkin.
Bagaimanapun, kerisauan Guardiola sebenarnya terletak pada posisi pertahanan kerana beberapa pemain mengalami kecederaan seperti Ruben Dias, Kyle Walker dan John Stones.
Haaland bakal menyertai Manchester City bermula 1Julai 2022 dan kontraknya bersama pasukan itu adalah untuk tempoh lima tahun.