KUALA Lumpur City FC mengumumkan perpindahan masuk pemain import baharu dari Montenegro iaitu Adrijan Rudovic.

Perpindahan itu diumumkan oleh pasukan ibu kota menerusi platform media sosial kelab itu.

“Sedikit hadiah Raya buat The City Boys! Selamat datang ke ibu kota, bek tengah baharu kita, Adrijan Rudovic!.”

Rudovic merupakan pemain bek tengah dan dijangka menggantikan Matko Zirdum yang meninggalkan pasukan KL City FC selepas melakukan 20 penampilan musim lalu.

Ssebelum ini beraksi untuk kelab dari Montenegro dan Greece seperti Sutjeska Niksic, FK Decic Tuzi, FK Bokelj, Otrant-Olympic, Panserraikos, KF Terbuni, OFK Petrovac dan KF Liria dan tidak pernah bermain di benua Asia.

Rudovic menjadi pemain terbaharu KL City selepas Brendan Gan, Declan Lambert, Ryan Lambert, Nick Swirad, Hafizul Hakim dan S. Sharvin yang turut menyertai pasukan itu untuk saingan Liga Malaysia 2024/25.