PENYERANG naturalisasi Harimau Malaya, Lee Tuck bersama famili dilihat meninggalkan Malaysia selepas disahkan tidak lagi beraksi dalam Liga Malaysia.

Aksi cemerlang ditampilkan pemain tengah tersebut sebelum ini bersama Kedah Darul Aman (KDA) FC telah menobatkannya sebagai Pemain Terbaik Liga Super PFAM edisi Jun 2023.

Anugerah tersebut merupakan anjuran Persatuan Pemain-Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) yang memberikan peluang kepada peminat untuk memilih pemenang.

Bagaimanapun, pada 26 Julai 2023, Kedah Darul Aman (KDA) FC telah membuat pengumuman mengejut, mengesahkan pemain tengahnya Lee Tuck akan meninggalkan pasukan itu serta merta.

Menurut kenyataan Facebook kelab itu, selepas beberapa perbincangan dan pertimbangan bersama antara pengurusan kelab dan Lee Tuck, pihaknya mengumumkan persetujuan bersama mengenai pemergian Lee Tuck dari KDA FC.

Biarpun begitu, Lee Tuck masih merupakan penyerang naturalisasi negara dan bersedia untuk diturunkan sekiranya khidmatnya diperlukan pada bila-bila masa.