SELANGOR FC mengalami kejadian tragis apabila pemain mereka, Faisal Halim, menjadi mangsa serangan asid petang tadi.

Kejadian itu telah mengejutkan ramai pihak dan Selangor FC mengambil tindakan serius dengan bekerjasama bersama pihak PDRM dan pihak berkuasa lain untuk menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti sesiapa yang terlibat dalam kejadian ini.

“Dukacita dimaklumkan bahawa pemain Selangor FC, Faisal Halim telah menjadi mangsa serangan asid petang tadi.

“Selangor FC memandang serius perkara ini dan akan bekerjasama dengan pihak PDRM serta pihak berkuasa untuk melaksanakan siasatan terperinci untuk mengenal pasti sesiapa yang terlibat.

“Selangor FC menyeru para penyokong dan peminat bola sepak di seluruh negara untuk mendoakan dan memberi sokongan moral kepada Faisal Halim dan keluarganya serta menghormati privasi beliau dan keluarganya pada masa ini,” kata kenyatan rasmi Selangor FC pada Ahad.