SELANGOR FC 2 menamatkan kemarau enam perlawanan tanpa kemenangan dengan menewaskan Kelantan FC 2-1 di Kota Bharu, petang ini.
Gol Alif Izwan Yuslan dan S Sharvin di babak pertama cukup membantu pelawat meraih tiga mata walaupun Ghaffar Abdul Rahman cuba mengurangkan defisit jaringan namun sudah agak terlewat.
Kekalahan mengejut Kelantan menjejaskan peluang itu untuk muncul juara liga musim ini.
Ini bermakna, ruang terbuka luas buat kelab selatan tanah air, Johor Darul Ta’zim II jika berjaya menewaskan Terengganu FC II di Pasir Gudang, malam ini.
KEPUTUSAN MASA PENUH – LP17
Selangor FC 2 menamatkan kemarau enam perlawanan tanpa kemenangan dengan menewaskan Kelantan FC di Kota Bharu. #LigaPremier2022 pic.twitter.com/ODC9xWUlj8
— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) September 4, 2022