SELANGOR FC tampil dengan semangat berbeza di Stadium Likas selepas berjaya mendapat gol seawal 25 saat permainan menerusi Hyuri Henrique.

Disiplin yang baik dipamerkan pemain Selangor FC menjadi faktor kejayaan Gergasi Merah melakar kemenangan bergaya di bumi Sabah dengan melengkapkan gol kedua menerusi Herlison Caion pada minit ke-81.

Ia sekaligus meranapkan penantian 24 tahun Sabah FC untuk mara ke peringkat separuh akhir Piala FA selepas kali terakhir melakukannya pada 1998.

Manakala, Selangor FC pula berjaya menamatkan penantian 5 tahun setelah kali terakhir mara ke peringkat separuh akhir pada 2018.