NAIB juara Liga Super, Selangor FC akan mewakili Liga Malaysia di pentas Asia untuk musim 2024/2025.

Malaysia Football League (MFL) mengumumkan pengesahan di media sosialnya pada Selasa.

“Tahniah diucapkan kepada Selangor FC yang akan mewakili Liga Malaysia di pentas Asia untuk musim 2024/2025.

“Selangor FC akan beraksi di AFC Champions League 2 (ACL2)

“Semoga berjaya ! ,” menurut kenyataan itu.

May be an image of ‎2 people, people playing football, people playing American football and ‎text that says "‎AFO TAHNIAH! LAYAK KE AFC CHAMPIONS LEAGUE ELITE JO DARUL TA'ZM JDT JCORP ر MFL‎"‎‎

Sementara itu, MFL turut mengucapkan tahniah kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) yang bakal beraksi di AFC Champions League Elite (ACLE).

Bagi musim 2024/2025, AFC telah memperuntukkan dua slot pertandingan kelab AFC bagi Tier 1 dan Tier 2.

May be an image of 1 person and text

Penyerang Selangor, Ayron Del Valle dinobatkan Penjaring Terbanyak Liga Super 2023 selepas menjaringkan 23 gol daripada 26 aksi di Liga Super 2023.

Pemain JDT, Arif Aiman Hanapi muncul assist Terbanyak Liga Super 2023 dengan 12 bantuan gol manakala rakan sepasukan, Syihan Hazmi meraih clean sheet Terbanyak Liga Super 2023 dengan melakukan 19 ‘clean sheet‘ saingan Liga Super musim ini.