SELANGOR mengakhiri kempen dengan memenangi kedua-dua gelaran perseorangan lelaki dan perempuan bawah 16 tahun Jelajah Elit Junior AFFIN 100PLUS 2023 di Dewan Persatuan Badminton Melaka pada Ahad.

Dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki, Branson Hee Hek Fung dipaksa bekerja keras untuk kemenangan 2-1 ke atas rakan sepasukan Roslie Razeeq Danial.

Pilihan utama, Branson mengambil set pertama 21-15 sebelum Roslie kemudian bangkit untuk memenangi set kedua 21-19.

Bagaimanapun, Branson yang menyimpan tenaga mengeluarkan segalanya di set penentuan untuk menang 21-17 bagi merebut mahkota.

“Saya tidak berada di bawah tekanan untuk menang kerana saya fikir adalah lebih penting untuk memainkan apa yang saya lakukan dalam latihan. Sudah tentu, saya mahu menang tetapi itu bukan fokus saya,” kata Branson selepas perlawanan.

Sementara itu, Shaneesa Shahidi menewaskan pilihan nombor dua, Christine Lam Mei He dari Pulau Pinang 2-0, untuk menang straight set, 21-15, 21-17.

“Saya yakin kerana saya pernah mengalahkannya sebelum ini. Saya berada dalam mood serangan penuh hari ini,” kata Shaneesa.