PENUNGGANG pasukan Rexxo Racing Team, Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff berazam untuk meneruskan pencapaiannya di kategori CP125 dalam Kejuaraan Petronas Malaysian Cub Prix, hujung minggu ini.

Pusingan keempat akan berlangsung di Litar Sepang Antarabangsa Selatan dan Ahmad Syukran yang meraih kejayaan di di Jasin tempoh hari terus positif semangat dan perjuangan

“Di Litar Jasin hari itu, ia merupakan litar baharu dan ramai pelumba yang tidak pernah berlumba di situ. Itu memberikan saya satu kelebihan untuk menyesuaikan diri dengan lebih cepat lebih-lebih lagi dengan keadaan jentera saya yang agak bagus hari itu.

“Prestasi saya pada tahun lepas memang tidak begitu stabil. Tetapi untuk tahun ini, saya amat berterima kasih kepada pasukan Rexxo Racing Team kerana memberikan saya peluang untuk meneruskan perjuangan saya dan untuk membuktikan kebolehan saya,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN : Syukran sambar kejuaraan tempat kelahiran ‘boss’

Kejayaan di pusingan ketiga tidak menghairankan memandangkan pencapaiannya beradad di tangga kedua di litar tersebut pada tahun 2019 bagi kategori CP115.

Pada tahun yang sama, beliau juga telah meraih gelaran juara keseluruhan dengan jumlah sebanyak 179 mata.

“Bagi musim ini, pasukan saya telah bertungkus-lumus untuk mencari setup yang baik untuk jentera saya.

“Persiapan saya untuk pusingan yang akan datang adalah lebih berfokus kepada pembinaan kecergasan fizikal serta latihan dengan jentera,” katanya lagi.