KEMARAU terus melanda pemain nombor tiga dunia Lee Zii Jia apabila sekali lagi gagal meraih gelaran yang ditunggu-tunggunya, iaitu Terbuka Denmark.

Dengan beberapa pencabar utamanya seperti Anthony Sinisuka Ginting (Indonesia), Viktor Axelsen (Denmark) tersingkir lebih awal, pemain Chinia Shi Yu Qi pula menjadi badi menyekat kejayannya.

Berdasarkan rekod pertemuan, pemain China di ranking ke-44 dunia itu mempunyai kelebihan 2-1 berbanding Zii Jia.

Pada aksi final malam ini (Ahad), Zii Jia tewas set pertama 18-21 bangkit dengan kemenangan 21-16, sekali gus mengheret permainan ke set penentuan.

Namun, Yu Qi seakan sudah tahu rentak permainan Zii Jia terus menanam hasrat pemain negara itu, dengan kemenangan 21-12.

Kekalahan itu menyaksikan Zii Jia hanya merangkul satu kejuaraan tahun ini, iaitu Terbuka Thailand.

Pemain profesional negara itu akan terus ke Perancis untuk saingan seterusnya minggu hadapan dan kita nantikan kebangkitan Zii Jia demi mengharumkan nama negara.

Terbuka Denmark adalah kejohanan kedua selepas Terbuka Jepun disertai Zii Jia selepas saingan Kejohanan Dunia.

Pada aksi di Terbuka Jepun Ogos lalu, Zii Jia tewas di pusingan pertama apabila ditundukkan pemain India S Kidambi.