KEMELUT tanpa noktah antara Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dengan bekas Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Remaja, Datuk Misbun Sidek tidak jejas persiapan skuad remaja negara ke Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Amerika Syarikat (AS) bulan depan.
Pengurus Pasukan, A’Amar Hashim berkata, persiapan berjalan lancar bagi memastikan pasukan remaja negara menamatkan kemarau tanpa pingat selepas dua edisi berturut-turut.
“Sebenarnya masing-masing buat kerja secara profesional (berhubung isu Misbun). Semua jurulatih menjalankan tugas seperti biasa. Malah Misbun sendiri ada membantu bekas anak buahnya melalui telefon,” katanya, yang juga naib presiden BAM.
Jelas sekali bahawa A’Amar tidak mahu isu yang hangat diperkatakan sekarang, menjejaskan sasaran peribadinya untuk sekurang-kurang meraih podium di AS selepas kali terakhir skuad remaja melakukannya melalui perseorangan wanita, Goh Jin Wei (emas) bersama gandingan beregu wanita, Pearly Tan-Toh Ee Wei (perak).
Norza hanya akan kongsi keputusan Misbun selepas kembali dariluar negara
“Saya mempunyai sasaran peribadi, iaitu mahu melihat kali ini skuad remaja negara menaiki podium iaitu dalam acara berpasukan dan juga individu. Tempat ketiga (gangsa) pun tidak mengapa asalkan dapat perbaiki prestasi di dua edisi sebelum ini Kazan (2019) dan Santander (2022).
“Saya juga sudah memberitahu jurulatih dan pemain, mereka semua senada mahu mencapai sasaran ini, tidak fikir perkara lain,” katanya, yang juga bekas pemain BAM berkelulusan Master Sains Sukan.
Misbun jawab surat tawaran BAM
Misbun sah terima surat tawaran, perlu masa buat keputusan
BAM keluarkan surat tawaran baharu kepada Misbun
Ditanya mengenai pemain yang menjadi harapannya di kejohanan berkenaan, A’Amar berkata, dia masih mengharapkan sentuhan pemain perseorangan lelaki, Eogene Ewe dan gandingan beregu lelaki, Aaron Tai-Kang Khai Xing.
“Bagi saingan berpasukan campuran, memang tidak ada masalah untuk muncul juara kumpulan sekali gus mara ke suku akhir. Persiapan sekarang ini berjalan lancar dengan ada memberi pendedahan pemain kepada skuad senior.
“I’ll never disrespect him”, Norza akui misscommunication punca konflik antara bam dan Misbun
Misbun Sidek dedah ‘Untold Story”, “Semua keputusan sudah diatur”
“Selain itu kita juga bercadang untuk mengadakan kem pusat dengan mengetengahkan aktiviti meningkatkan semangat berpasukan dan menaikkan keyakinan pemain,” katanya yang menjadi naib presiden BAM sejak 2017 dan sekarang ini memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan.
Skuad remaja negara diundi dalam Kumpulan C bersama England, Latvia, Austria dan Poland dengan hanya juara kumpulan sahaja layak ke saingan suku akhir.
Kejohanan Dunia Remaja akan berlangsung di Spokane, Washington, pada 25 September hingga 8 Oktober depan.