JENAMA kereta elektrik , Chery Malaysia meraikan pencapaian atlet-atlet Olimpik Malaysia yang memenangi pingat gangsa dengan menghadiahkan model kereta jenama tersebut.

Bintang atlet badminton, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik, yang bertanding dalam acara beregu lelaki, serta Lee Zii Jia yang bertanding dalam acara perseorangan lelaki, masing-masing dianugerahkan dengan kereta SUV mewah berteknologi tinggi Chery Tiggo 7 PRO atas kemenangan pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris 2024.

Bagaimanapun Zii Jia tidak dapat hadir memandangkan dia kini masih berada di Jepun.

Turut hadir dalam majlis penyampaian kereta mewah itu ialah Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

 

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh turut hadir dalam majlis penyampaian kereta kepada pemenang pingat Olimpik

“Kami percaya bahawa sukan adalah alat penyatuan bagi Malaysia. Kami menggalakkan sektor swasta untuk memainkan peranan mereka dalam memberi ganjaran kepada atlet apabila mereka berjaya membawa pulang pingat. Apa yang membuatkan sumbangan Chery istimewa adalah mereka meraikan semua pemenang pingat,” kata Hannah dalam majlis itu.

Hannah turut mengucapkan terima kasih kepada Chery atas penajaan mereka dan kepercayaan terhadap atlet tempatan yang bertanding di Paris.

Menurut Naib Presiden Chery Malaysia, Michael Chew berkata, pihaknya berasa amat bangga atas kemenangan Aaron, Wooi Yik dan Zii Jia dan kami ingin menghadiahkan setiap seorang dengan Chery Tiggi 7 PRO yang baru atas pencapaian luar biasa mereka di Sukan Olimpik Paris.

“Kecekalan, ketabahan, dan kegigihan mereka sepanjang Sukan Olimpik benar-benar memberi inspirasi, dan kami berbangga untuk meraikan kejayaan mereka dengan kenderaan yang mencerminkan sifat-sifat ini,” tambahnya lagi.