15 Anugerah telah disandang oleh pemenang tersendiri dalam Majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia SAM-100Plus 2023, yang dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Majlis yang berlangsung di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur pada malam Khamis itu telah menggabungkan pemenang-pemenang daripada kalangan atlet, tokoh kepimpinan, dan juga para pengamal media yang sudah bertungkus lumus menghasilkan bahan berita sukan terbaik buat masyarakat di Malaysia.
Jadi, malam itu merupakan malam penuh bermakna dan boleh diklasifikasikan sebagai malam penghargaan buat para perwira sukan tanah air yang telah membanggakan dan mengharumkan nama Malaysia sehingga ke persada dunia.
Tidak lupa juga, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh juga turut sama hadir selaku figura utama dalam arena sukan tanah air, yang selalu mendukung semangat juang para atlet dan saling bekerjasama dengan para media.
Tidak bermakna juga malam Anugerah SAM tanpa minuman isotonik terkemuka di Malaysia, 100Plus yang memainkan peranan penting dalam menjadi rakan kongsi utama majlis anugerah tersebut.
Demikian itu, berikut merupakan antara senarai pemenang Anugerah SAM 2023:
1. Anugerah Tokoh Kepimpinan SAM 2023 – Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam
2. Anugerah Persatuan Dinamik – Kongres Tenpin Boling Malaysia
3. Atlet Muda Terbaik – Ng Jing Xuen (golf)
4. Pengulas Popular SAM 2023 – Suzana Basri
5. Laporan Berita Terbaik Media Cetak – Fabian Mark Peter
6. Laporan Berita Terbaik Media Elektronik – Mohd Zulhelmi Zainal Azam, Muhd AlFathy Azlan
7. Ulasan Sukan Terbaik Media Cetak – T.Avineshwaran
8. Ulasan Sukan Terbaik Media Elektronik – Lukman Md Salleh
9. Fotografi Sukan Terbaik – Mohd Izzul Farhan
10. Laporan Khas Terbaik – Aida Adilah Mat, Mohd Firdaus Hashim, Amirul Fazli Zulkafli
11. Anugerah Khas – Persatuan Sepak Takraw Malaysia
12. Anugerah Khas – Johan Jojo Ghazali
13. Atlet Terbaik 2023 – Nur Ain Nabilah/Aleena Ahmad Nawawi
14. Atlet Para Terbaik 2023 – Cheah Liek Hou
15. Anugerah Siebel 2023 – Aida Adilah Mat, Mohd Firdaus Hashim, Amirul Fazli Zulkafli