PENYERANG Norway, Erling Haaland mempunyai pilihannya sendiri di Piala Dunia 2022 dengan memilih Senegal yang tampil beraksi di Qatar.
Piala Dunia akan diadakan dalam beberapa minggu lagi dan Qatar menjadi tuan rumah kejohanan besar itu dari 20 November hingga 18 Disember.
Haaland, yang sedang menggila bersama Manchester City selepas menjaringkan 22 gol, gagal membawa Norway ke Qatar. Walaupun begitu, dia mempunyai pasukan kegemaran.
Une raison de plus d’aimer ERLING HALLAND 🇸🇳💙🤝 pic.twitter.com/NFquTnERGf
— MO-DIOP 221🇸🇳🦁 (@momidiop1) November 2, 2022
Menurutnya, Sadio Mane dan rakan-rakannya merupakan pasukan terbaik Afrika dalam kejohanan itu.
“Saya rasa Senegal akan melakukannya dengan baik.
“Mereka mempunyai pasukan yang kuat dan pemain yang bagus. Jadi saya rasa Senegal akan melakukan yang terbaik,” kata Haaland kepada SuperSportTV.
Senegal sendiri ke Piala Dunia 2022 dengan status pemenang Piala Afrika. Senegal juga menewaskan Mesir untuk merebut tiket ke Qatar.