AKSI pusingan ketiga Italian International menyaksikan beberapa wakil negara  meneruskan kemaraan ke peringkat suku akhir apabila masing-masing menang dalam saingan pusingan ketiga.

Dalam perlawanan tersebut, pilihan ke-10 kejohanan, Yeoh Seng Zoe menepati ramalan apabila menang mudah 21-18, 21-9 mengatasi pemain Singapura, Jia Wei Joel Koh.

Dua wakil negara dari acara beregu lelaki memperlihatkan Liew Xin-Lwi Sheng Hao berhempas pulas sebelum menundukkan Kush Chugh- Akshan Shetty 17-21, 22-20 21-14.

Kemenangan tersebut sekali lagi berjaya diteruskan pada peringkat suku akhir apabila gandingan beregu negara itu turut menundukkan gandingan Korea Selatan Na Min Gwang-Noh Seong Jin straight set 22-20  21-16.

Bagaimanapun rentak tersebut gagal diteruskan beberapa wakil negara lain seperti Leong Jun Hao, Ng Jun Yan, Beh Chun Meng – Goh Boon Zhe apabila tersungkur di tangan lawan masing-masing pada pusingan ketiga kejohanan.