Foto : IG Hans Isaac

PENGERUSI Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Datuk Hans Isaac terus komited memastikan proses penanaman rumput padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) berjalan lancar.

Menurut perkongsian Instagram Story Hans, beliau memuatnaik dokumen untuk persiapan mempengerusikan Mesyuarat Anggota Perbadanan Stadium Malaysia di SNBJ pada Selasa.

“Sentiasa untuk Malaysia,” kongsinya.

 

Hans sebelum ini merupakan Presiden Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan juga merupakan seorang ahli korporat dilihat meninjau keadaan terkini dan memeriksa padang selepas mesyuarat.

Terdahulu, pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) sempat berkongsi keadaan terkini padang stadium berkenaan yang sedang dalam proses penukaran kepada rumput jenis Zeon Zoysia.

Difahamkan padang baharu di stadium tersebut dijangka siap sepenuhnya sebelum Pestabola Merdeka yang bakal berlangsung pada bulan Oktober 2023.

SNBJ bakal menjadi antara empat buah stadium utama di Asia Tenggara yang menggunakan rumput jenis Zeon Zoysia selain Stadium Nasional Singapura, Stadium Utama Gelora Bung Karno serta Stadium JDT, Stadium Sultan Ibrahim (SSI).