PERPINDAHAN Raheem Sterling dari Manchester City ke Chelsea ternyata merupakan suatu yang berbaloi apabila pemain serba boleh yang bertindak sebagai arkitek tengah dan pemain sayap itu menjaringkan gol dalam aksi persahabatan Chelsea bertemu Udinese.

Lebih manis, lagi skuad kendalian Tuchel berjaya melakar kemenangan 3-1 di laman pasukan lawan, Udinese yang dibantu sorakan padu dari penyokong mereka.

Gol pembukaan hadir menerusi pemain tengah, N’golo Kante bijak menyumbat masuk gol pada minit ke-20.

Sterling menambah derita tuan rumah pada minit ke- 37 apabila berjaya menggegar gawang untuk menyaksikan pelawat selesa mendahului 2-0.

Enggan mengalah, Gerard Deulofeu meledak untuk gol pertama tuan rumah sekaligus menjadikan kedudukan kekal 1-2 hingga wisel pada separuh masa babak pertama dibunyikan.

Separuh masa kedua, The Blues jelas mengawal keseluruhan perlawanan dan hasilnya Mason Mount menutup kemenangan bergaya pelawat dengan jaringan ketiga Chelsea pada minit ke-90.

Formasi 3-4-2-1 yang meletakkan Raheem Sterling sebagai penyerang tunggal jelas membuahkan hasil buat Chelsea manakala percaturan 3-5-2 Udinese dilihat longgar di bahagian tengah dan pertahanan kelab Itali itu.