SAMBUTAN Piala Dunia 2022 yang berakhir awal pagi Isnin di Qatar sudah pastinya menarik perhatian dunia.
Ramai pemain bola sepak dari pelbagai negara yang mengambil bahagian dalam acara besar itu turut diminati rakyat Malaysia.

Selain penampilan atas padang, gaya rambut mereka juga tidak kurang menjadi topik perbualan para penyokong.

Tidak terkecuali juga pemain Harimau Malaya yang menggayakan imej rambut baru masing-masing mengikut citarasa tersendiri yang kini sedang bersiap siaga mengharungi kempen Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 bermula pada Rabu.

Ketika dihubungi oleh FLASH SUKAN, pemilik The Gunting Karat Barbershop, Abdul Hannan Miswan teruja kerana diberi peluang dan bertanggungjawab memastikan imej pemain Malaysia sentiasa smart dan kacak dalam dan luar padang.

“Kami dari Gunting Karat Barbershop mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan Harimau Malaya yang akan memulakan saingan di Piala AFF 2022.

“Antara pemain yang menggunakan servis kami seperti Faisal Halim, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi, Dominic Tan dan Darren Lok. Mereka pasti tampak yakin dan bersemangat bagi menghadapi saingan kali ini,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN : Kelihatan ‘handsome’ berambut kemas… pemain-pemain Harimau Malaya ada rahsianya

Abdul Hannan juga berbesar hati kerana dapat menyumbangkan kemahiran menggunting mereka kepada pemain Malaysia yang sentiasa mendapat perhatian lensa kamera dan pengikut di media sosial.

“Kami berharap agar rambut yang kemas dan rapi dapat menaikkan moral mereka untuk memenangi kesemua perlawanan yang disertai.

“Semoga mereka akan dapat peroleh kejayaan bagi edisi kali ini,” katanya mendedahkan Dion Cools, Mohamadou Sumareh pernah mendapatkan perkhidmatannya ketika kempen kelayakan pusingan akhir Piala Asia 2023, Jun lepas.

Buat peminat yang inginkan gaya rambut mereka seperti Faisal atau pemain kebangsaan yang lain, boleh sahaja berkunjung ke Lot 1671 Kampung Sungai Lang Tengah 42700 Banting Selangor.