SEPANYOL muncul juara Euro 2024 selepas La Furia Roja menewaskan England 2-1.
Pada perlawanan akhir Euro 2024 yang dilangsungkan di Olympiastadion Berlin, sebentar tadi, kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan sepanjang babak pertama.
Kebuntuan hanya dipecahkan dua minit selepas rehat. Nico Williams menyempurnakan serangan pantas dari kanan oleh Lamine Yamal menewaskan Jordan Pickford.
England menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-73 menerusi Cole Palmer yang melepaskan rembatan kencang dari luar kotak penalti. Bola masuk di penjuru kanan gawang Unai Simon.
Sepanyol memastikan kemenangan menerusi jaringan Mikel Oyarzabal pada minit ke-86. VAR mengesahkan gol itu selepas ia kelihatan ofsaid dalam ulang tayang.
Sepanyol memenangi Euro 2024 dan memenangi kejuaraan Piala Eropah keempat dalam sejarah, yang paling banyak di antara negara lain.
Sementara itu, England terpaksa menangguhkan impian mereka untuk menjadi juara Euro buat kali pertama, serta kekalahan kedua berturut-turut tiga tahun lalu kepada Itali.