KEHANGATAN Kejohanan Biz Link Properties Purple League Corporate pada 6 dan 7 Ogos ini semakin terasa apabila majlis undian rasmi telah dilakukan di Ibu Pejabat Biz Link Properties di ibu negara pada Rabu.

Biz Link Properties, syarikat hartanah yang semakin berkembang maju mengambil inisiatif untuk menganjurkan kejohanan badminton untuk disertai pemain-pemain berbakat dari syarikat korporat.

Sebanyak 10 buah syarikat telah mengambil bahagian dalam pertandingan yang melibatkan pemain-pemain dari seluruh negara yang bertujuan menggalakkan cara hidup sihat selain memberikan peluang pekerjaan kepada bekas pemain-pemain negara.

Ho Khek Mong

Syarikat-syarikat yang mengambil bahagian adalah Aeon Credit Service (M) Berhad, American International Group, China Press, Dr.Ko, Genting Malaysia, Oriental Real Estate, Perbadanan Putrajaya, RedPhoenix, Senheng dan Top Glove Badminton Club.

Hadir sama dalam acara undian itu adalah Ketua Pegawai Operasi Malaysia Purple League (MPL), Ho Khek Mong yang turut menyaksikan majlis undian dijalankan serta beberapa wakil pasukan yang bertanding.