PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp lega setelah pasukan mereka berjaya mengikat Chelsea dalam aksi Liga Perdana Inggeris lewat Sabtu malam.
Jelas Klopp, biarpun gagal memanfaatkan kemenangan di laman sendiri, dia sudah melihat corak peningkatan yang dipamerkan anak buahnya dalam aksi yang berlangsung seimbang di Anfield.
Klopp turut gembira melihat kali pertama pasukannya tidak bolos dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak Oktober selepas tewas 3-0 di Brighton hujung minggu lalu.
“Bagi saya ia jelas, dalam situasi ini anda perlu bersedia untuk langkah kecil dan hari ini ia adalah langkah kecil,” kata Klopp selepas melalui perlawanan ke-1,000 bersama Mainz, Dortmund dan Liverpool.
“Itulah yang berlaku. Saya menjangkakan peningkatan dan saya rasa selepas perlawanan terakhir EPL ia satu peningkatan, ia pasti dan ia penting.
“Saya tahu kami perlu lakukan perkara yang lebih bagus dan lebih lama, dalam dunia yang ideal selama 95 atau 100 minit dan kemudian kami akan berada di sana. Kami akan melalui arah yang betul, saya yakin,” jelas Klopp.
The Blues kekal di tangga ke-10 tanpa kemenangan di tempat lawan dalam liga sejak Oktober manakala The Reds naik ke tangga kelapan, di atas Brentford menerusi perbezaan gol.