PERISTIWA aneh menimpa pemanah wanita negara, Ariana Nur Dania Mohamad Zairi ketika beraksi pada pusingan penentuan ranking Khamis lalu.

Pendedahan itu dikongsinya kepada Majlis Sukan Negara (MSN) dan mengakui, menjadi ancara punca yang menjejaskan prestasinya ketika beraksi kali pertama di pentas Sukan Olimpik.

Something wrong with my body condition, perkara ini tidak pernah terjadi kepada saya sebelum ini, baik dalam pertandingan mahupun latihan.

Ariana Nur Damia berbincang dengan jurulatih kebangsaan, Lee Jae Hyung, kelihatan kecewa dengan prestasinya pada pusingan penentuan ranking individu di Sukan Olimpik Paris 2024. |FOTO MSN

“Saya agak terkejut dan mahu menjadikannya sebagai pengajaran apabila beraksi di pusingan seterusnya, Selasa ini,” kata Ariana.

Ariana yang beraksi cemerlang sepanjang kelayakan Olimpik Paris 2024, mempamerkan aksi di bawah par pada pusingan penentuan, apabila menamatkan bidikan pada kedudukan ke-50 daripada 64 pemanah individu.

Namun, apa yang berlaku pada dirinya dipercayai akibat tindak balas rasa gementar, selepas pemanah muda negara itu disahkan tidak berdepan masalah kesihatan.